ASID (Foundation Journey)

Hye korang! Assalammualaikum. So kita berkenalan dulu lah eyh. Takkan nak terus terjah je membebel sorang ii. Mesti korang nak tahu jugak siapa aku kan? Kalau korang taknak tahu pon, aku still nak bagitahu hehehe. Yelah. Macam mana aku nak bercerita kalau aku tak perkenalkan diri aku. Oky. Nama sebenar dirahsiakan tapi korang boleh panggil aku Elly. Umur aku? erm erm. 19 to be.




Mesti korang tertanya tanyakan akuni asasi mana? Aku Asasi Uitm di dengkil ataupon nama mesranya ASID. Ni pilihan ketiga aku dalam UPU. Pada asalnya aku keliru sebab dapat tawaran IPG dekat Kedah, dapat MATRIKULASI MELAKA (KMM) dan ASID. Tapi disebabkan kesuntukan masa, parents aku kerja, so memang tak sempat nak buat preparation untuk matrik, at the end aku decide untuk pilih Asasi.  Sanak saudara, ayah dan ibu  nak sangat aku masuk IPG. Tapi aku ni sejenis, bila kena paksa lagilah aku memberontak. Ceh, padahal aku yang gatal mohon IPG. So aku menyesal ke tak? Adalah sikit menyesal. Nasihat aku untuk adik adik, kalau dapat tawaran IPG tolong jangan lepaskan! Lebih terjamin tauu. Tapi siapalah kita hendak melawan takdir dan rezeki yang Allah bagi. Aku pegang dengan kata kata aku, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. So aku percaya ada sebab kenapa Allah gerakkan hati aku untuk masuk Asasi. Nasihat aku, better korang pilih Asasi Sains Uitm @ UM @ Matrikulasi @ STPM berbanding Asasi di U lain. Bukanlah U lain tak bagus. Tapi, lepas Asasi, matrik or stpm, korang boleh mohon upu untuk U lain jugak. Tapi kalau korang memang dah masuk Asasi Unimas(contohnya) then korang tkleh further degree kat U lain tauu. Korang kena sambung dekat U yang sama.


Oky meh aku cerita apa yang best pasal Asid ni. Ada 4 kos iaitu Asasi Sains, Asasi Kejuruteraan, Tesl dan Law. Tapi dengar cerita lepas ni Asasi Sains je akan duduk situ. Yang lain akan dipindahkan ke Puncak Alam. But idklah kesahihannya. Siswi  ditempatkan di Kolej Dahlia manakala siswa di kolej tualang. Ada Dahlia 1, Dahlia 2 dan Dahlia 3, tapi Dahlia 2 lah yang paling besar sebab dia ada wing A & B. Kami punya kolej macam sistem rumah. Macam flat gituuu. Ada lift. Tapi kalau nak sihat, naiklah tangga. Tapi kalau kau aras 6,7,8 boleh tercabutlah kaki ahahaahhaha. Satu rumah ada 3 bilik. Stu bilik dua org. Paling best ada dua tandas dalam satu rumah.Satu tandas duduk, satu tandas cangkung. N ada sinki dan tempat basuh pinggan @ basuh baju. 2 in 1. Ada koridor untuk sangkut baju. haaaa gilir ii lah nak jemur baju okayyyy. n then ada 6 meje study dekat luar berderet. ada tempat letak kasut also. korang boleh search je youtube kalau nak tengok macam mana cantiknya kolej kitaorang. Yelah sebab still baru lagi. Aku batch keberapa eyh entahlah hahahhha.

                                 


                                                                   

                                       KOLEJ TUALANG ☝                                                   ANJUNG☝

                                                                   

                                                      SCENERY☝                                                                         UITM DENGKIL☝

Aku rasa  ramai orang dah cerita pasal Asid ni so aku taknak cerita panjang ii. Korang rasalah sendiri😉. Bagi aku, asasi ni taklah tough mana pon act. Tapi sbb sume org pandai ii so kau rasa diri kau teruk. But please, jangan downgrade diri kau. Aku pelajar sekolah harian biasa tauu. Bukanlah dak ii Mrsm or Sbp. At first, I thought spelah aku ni dibandingkan dorang. Bila kita introduce sk kita, tkde spe kenal pon n tkde smbutan hahahah. But it's okay. Kau patutnya bangga tauu sbb kau mampu bersaing dengan mereka. Cabaran yang paling ketara sekali, dulu aku kat sk bljr bio, chem n physic in malay tpi dkt asasi eng. yelah. U kot. Mula ii mmg rsa ssh nk catch up, aku punya rajin( always google translate terms ii yg aku tk fhm). Padahal terms biasa jee hahahah tpi disebabkan bljr in bm sblom ni so dia mcm blur auu. AKu masuk kelas je, aku bukan dengar sangat lecturer ajar apa. Last ii aku bljr sndiri je bru aku fhm hahahahah tpi tkpe. sbb aku dh biasa. Dekat sk dulu, time kelas bio sllu buat gallery walk n aku sllu ajar kwn ii aku. Jarang ii ahh aku dpt melawat kwn ii aku yg lain buat presentation hahahaha. Tapi aku tk kesah, sbb aku lebih suka belajar sndiri n then tk fhm aku trus tye cg. Tapi bukan sume subject lah macam tu. Sometimes aku kena dgr lecturer ajar bru aku fhm. 

Ouh ya, kau cemerlang SPM tak smstinya kau akan cemerlang di U jugak. Kalau kau mls, jangan haraplah nk brjaya ya. U ni satu je cabaran dia. Kau akan rasa kejutan budaya gituuuuu. So, nasihat aku, pilihlah kawan yang baik, yang boleh tarik kau sama ii ke syurga okay. PI (pusat Islam) ada je ceramah tiap ii minggu, so terpulang pada kau, nak pergi enjoy kat Dpulze ke burger king ke, tealife ke atau nak lepak kat bilik, kat anjung tkde spe marah. Tapi pandai ii lah cari something untuk isi rohani kau yang dahaga okay! 


Basically kalau amik Asasi Sains ni belajar apa eyh?

Sama je dikk. Kita belajar Biology, Chemistry, Mathematics (lebih kurang cam addmath), Physics, Elc (BI) and CTU ( agama Islam). Paling awal kelas start pukul 8 pagi dan paling lewat habis pukul 6. Tapi kadang ii ada je lecturer buat kelas ganti malam. Biasalah kan. Ada yang start kelas pukul 2 petang weyhh. best kan? Tapi hari ii yang lain padat gilaaa lahhh hahahhahah. So bersyukur je dengan timetable korang okay. Okay untuk adik ii, yang nak balik melaka, aku cadangkan naik ktm je. boleh naik kat KTM Bangi. Ktm Bangi ke Melaka( RM 10 ) lebih kurang camtulah. Jangan risau, kelas dengan kolej dekat je. Kalau kelas kau pukul 8, kau bangun kul 7.45 pon sempat lagi.. Tapi kalau boleh datanglah awal ke kelas! Tak salah pon. Macam aku satu jam awal aku dah siap ahhahahaha. Masa yang berbaki tu macam ii kau boleh buat. Mulakan hari dgn produktif okay. Ouh ya, kau kena pandai manage masa. Jangan tangguh ii kerja. Kalau aku, setiap kali ada gap kelas, mesti aku siapkan tuto yg ada. So malam kau bolehlah rest awal enn.  

Aku nak cerita mengenai budget aku sehari hari pulak!

Aku bukanlah orang yang berada ye. Tapi aku tak layak untuk dapat elaun asasi. So, macam mana aku survive? Aku makan sekali sehari. Masa mula ii tu aku makan 2 hari sekali. Tapi lepas kena bebel dgn family aku, so aku makanlah skli shri hahahahha. Budget aku Rm 3 shri. Nasi Bujang Rm 2 dan air Rm 1. Alhamdulillah hidup je. Selebihnya aku makan biskut ii n nestum kat bilik hee. Tapi janganlah ikut aku. Tapi aku bersyukur sbb dpt bljr erti brsyukur. Housemate aku makan nasi dgn kuah je :( . Kalau kita rasa kita susah, ada yang lebih susah. Kau fikirlah kesusahan mak ayah kau sebelum nak menghabiskan duit tu! Ramai kawan ii aku yang dapat elaun asasi salah gunakan duit tu untuk bersuka ria. Tak salah sekali sekala nak keluar dgn kwn ii tapi berpada padalah. AKu tkde ramai kawan pon. Tak rapat dgn classmate. Housemate pon 2 orang je yg aku btul ii rapat. Tapi aku berterima kasih pada mereka. Dan aku ada seorang kawan sk rendah yang sama ii msuk situ tapi dia kos lain. Aku sgt brtrima kasih jgk pda dia sbb ada dgn aku susah sng. Bagi aku kawan ni yang penting kualiti bukan kuantiti. Ouh ye, kekuatan kau jugak ialah family kau. Rajin rajinlah call family kau!  Dan jaga hubungan dengan Allah, manusia dan alam ! Aku bukanlah pelajar cemerlang. Even upkk, upsr, pt3 dan spm aku dpt straight A, tapi di asasi, aku bermula daripada kosong balik.. Jangan pernah bangga diri. Kejayaan yang kau peroleh datangnya daripada Dia. Nasihat aku, jadilah manusia yang bermanfaat untuk diri dan orang lain! Korang nak tanya apa ii atau nk suruh aku crita apa ii nk tips ke apa feel free to write at comment below! In shaa Allah kalau ada masa, aku jawab :) Doakan bulan 8 ni keputusan upu keluar. Doakan Allah beri yang terbaik untuk aku dn smoga untuk korang juga. Maaf  atas sgla kkurangan. Aku first time buat blog ni pon sebab bosan pkp, kita isi masa lapang. Alright, all the best to everyone ! 

Comments

Popular posts from this blog

Interview Medic ( Unisza, USM), Farmasi (UKM) online (pkp)